(VIDEO) “Sudah-Sudahlah Aniaya Orang..” – Peniaga Ditipu Pelanggan Order Untuk 60 ‘Pax’ Tapi Tak Datang

Sepanjang Ramadan ini banyak kes peniuan yang kita dengar berkenaan dengan penjualan makanan sama ada daripada pihak peniaga ataupun pihak pembeli.

Sebelum ini muncul kes di mana peniaga ditipu oleh pelanggan yang menempah untuk makan sebanyak 9 orang tetapi tidak hadir tanpa sebarang makluman kepada pihak peniaga.

Kali ini, lagi sekali kes yang sama berlaku di mana pelanggan telah menempah untuk makan sebanyak 60 orang tetapi tiada seorang pun yang datang ke restoran tanpa memaklumkan kepada pihak restoran terlebih dahulu sehingga kedai ditutup.

Menurut perkongsian TikTok oleh @hsnzahsm, video itu mendapat perhatian ramai apabila penipuan yang sama seperti ini kerap kali berlaku walaupun berada di dalam bulan yang mulia.

@hsnzahsm

Bulan2 ramadhan ni jangan la duk aniaya orang 😭 #fyp #foryoupage

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Pemilik kepada video itu juga menyatakan pada awalnya pihak restoran bersikap ‘husnuzon‘ dan berfikir bahawa pelanggan tersebut akan datang selepas berbuka. Namun, sehingga kedai ditutup pelanggan langsung tidak muncul dan telah di telefon beberapa kali tetapi tidak diangkat.

Beralih ke ruangan komen, ramai warganet menasihatkan peniaga supaya mengambil wang deposit terlebih dahulu agar perkara yang sama seperti ini tidak lagi berulang dan merugikan pihak peniaga.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.