“Benda Tu Taknak Berpisah” – Selalu Mimpi Aneh, Gadis ‘Share’ Kisah Benar Mengandungkan Anak ‘Benda Halus’

Kata orang mimpi itu mainan tidur namun siapa sangka ia juga boleh menjadi petunjuk kepada situasi aneh dan menakutkan.

Perkongsian seorang gadis bernama Tqa di TikTok baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang mendapat 3 juta tontonan itu, Tqa berkata suatu ketika dulu dia pernah bermimpi seorang bayi kecil berbulu hitam sedang menyusu.

Selain itu, dia turut mengalami kitaran haid tidak menentu dan senggugut yang teruk. Bukan itu saja, perutnya juga kerap terasa seperti ada yang bergerak-gerak.

Selepas mendapatkan rawatan kampung (perubatan Islam), Tqa terkejut apabila dimaklumkan ada ‘entiti’ yang suka dengannya dan dia dikatakan sudah pun mengandungkan anaknya.

@tqaaa_____THE TEA ☕️ sorry guys lambat up story busy sikit 🥲

♬ suara asli – 𝟞𝟞𝟡

Mengakhiri video itu, Tqa berpesan kepada gadis lain di luar sana agar mengamalkan ayat pendinding, baca doa sebelum masuk ke tandas serta tidak bersendiri.

Benda tu suka bila dia nampak kita ni tiada kawan.”

Apa-apa pun, jangan lupa dekatkan diri dengan Al Quran dan jaga solat kita. InsyaAllah dilindungiNya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.