(VIDEO) “Bukan Dera, Tapi Memang Minat Dia”- Budak Perempuan Tunjuk ‘Skill’ Baiki Kereta

Sekarang ramai kanak-kanak lebih terdedah dengan dunia luar kerana munculnya media-media baharu seperti internet yang boleh diakses di telefon. Perkara ini memberi kebaikan dan juga kekurangan di mana kanak-kanak boleh menjadi ketagih dengan penggunaan telefon pintar dan  jika digunakan dengan baik ia boleh menyumbang kepada kemahiran hidup.

Namun, dalam satu perkongsian video di TikTok oleh @Manie, seorang kanak-kanak perempuan ditunjukkan sedang membaik pulih kereta yang rosak.

@dik8315bukan dera anak,,x perlu kecam,,ni hobi minat dia😂😂😂

♬ bunyi asal – MANIE

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu juga tidak kekok memegang alat-alat untuk membaiki kereta sebaliknya menunjukkan ‘skill’ dan kebiasaan dalam membaiki kenderaan.

Selain itu, kanak-kanak itu juga menunjukkan minatnya dengan aktiviti membaik pulih kerana dia tidak menghiraukan suasana bengkel yang selalunya tidak disenangi orang.

Melalui ‘caption’ video, pemilik kepada video tersebut menyatakan bahawa perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak itu bukanlah kerana dipaksa atau didera tetapi dilakukan atas minatnya sendiri.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warganet menunjukkan sokongan terhadap minat kanak-kanak itu dan berharap agar budak perempuan meneruskan minatnya.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.