(VIDEO) “Suka Tengok Gurauan Anak Beranak”- Ayah ‘Surprise’ Anak Datang Dekat Tempat Kerja

Setiap ibu bapa, pastinya sentiasa memikirkan tentang anak-anak tidak mengira umur sama ada baru bersekolah mahupun telah memasuki alam pekerjaan. Perasaan mengambil berat dan sayang terhadap anak-anak itu sudah sebati dengan ibu bapa.

Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa yang dikenali sebagai Zulkifle Mohd Rosli menerusi perkongsiannya di TikTok, dia berkongsi saat di mana dia menjenguk anaknya yang sedang bekerja melalui pandu lalu sebuah restoran terkenal.

@zulkiflemohdrosli♬ original sound – Zulkifle Mohd Rosli

Anak kepada pemilik video itu dilihat terkejut dengan kedatangan ayahnya di restoran itu. Zulkifle juga sempat bertanyakan kepada anaknya tentang keadaan bekerja sama ada okay ataupun tidak.

Anaknya juga menunjukkan rasa ‘excited’ dengan kehadiran bapanya sebagai pelanggan di restoran itu, dan tidak menyangka bahawa bapanya akan datang sebagai pelanggan di restoran itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berasa tersentuh dengan perhubungan ayah dan anak perempuannya itu dan menumpang bahagia dengan hubungan anak beranak itu.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.