(VIDEO)”Puas Hati Tengok!” – Langgar Lampu Merah, Ativa Kena ‘Rembat’ Dengan Petugas Rela

Setiap pengguna jalan raya yang bertanggungjawab pastinya akan mengikut peraturan seperti berhenti di lampu isyarat jika ia bertukar merah dan tidak terburu-buru ketika pemanduan.

Tambahan jika melalui kawasan sekolah, pengguna jalan raya tidak kiralah pemandu ataupun penunggang motosikal perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dengan pelajar sekolah.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila satu video memaparkan sebuah kereta jenama Perodua Ativa yang ‘dirembat’ oleh kayu oleh seorang petugas RELA berikutan pemandu itu telah melanggar lampu isyarat merah.

Dalam video tersebut, pemandu Ativa itu tetap memecut laju meskipun lampu isyarat di kawasan persekolahan itu telah bertukar merah.

Bengang dengan tindakan pemandu itu, pengawal RELA yang bertugas telah membaling kayu yang dipegangnya ke kenderaan Ativa itu.

Walau bagaimanapun, pemandu itu tetapi meneruskan perjalanan dan tidak memberhentikan kenderaannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa puas hati melihatkan tindakan pengawal berkenaan kerana tindakannya boleh mengundang kecelakaan kepada pelajar sekolah yang mungkin melintas secara tiba-tiba.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa tindakan pengawal tersebut sebagai keterlaluan kerana telah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan tersebut.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.