“Benda Tu Normal Lah..” – Yonnyboii Sedih Isteri Terkilan Sering Dikecam Tak Bertudung Lagi

Sedia maklum, selepas berita isteri kepada penyanyi muda, Yonnyboii memaklumkan kepada umum bahawa dirinya sudah tidak lagi berhijab telah membuatkan ramai pihak tidak senang duduk.

Keputusannya itu sama sekali telah membuatkan isterinya iaitu Nik Nazira dikecam teruk oleh netizen.

Baru-baru ini, pihak mStar ada menemubual Yonnyboii untuk bertanyakan hal ini dan akui berasa sedih isterinya terpaksa hadapi semua ini.

Menurut Yonnyboii keputusan isterinya untuk membuka hijab itu adalah pilihannya sendiri dan berharapa agar orang ramai boleh menerimanya dengan hati terbuka.

Tambahannya, kecaman itu sememangnya normal dan mereka tidak boleh memberhentikan netizen dari bercakap cuma berasa sedih lihat isterinya terkilan dengan kata-kata yang diterima.

Sedih memang sedih sebab saya tengok isteri saya sedih.

Dalam pada itu, dia memberitahu dirinya hanya mampu meyakinkan isteri untuk kekal kuat hadapi cabaran ini dan terima seadanya.

SUMBER : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.