“Manjakan Sangat Anak Tu” – Ibu Mengadu Tangan Anak Lebam Dicubit Guru, Tapi Netizen Tak ‘Back-Up’

Dahulu kala, jika anak-anak membuat kesalahan atau kesilapan, pasti ibu bapa akan ajari anak mereka dengan merotan ataupun cara lain agar tidak dilakukan lagi pada masa kelak.

Nampak seperti ‘kejam’ tetapi ia merupakan cara didikan seorang ayah ataupun suami agar anak menjadi seseorang berguna apabila dewasa.

Namun, pada zaman ini, tindakan seperti itu tidak lagi diterima di kalangan masyarakat dan jika dilakukan, maka individu yang melakukan hal berkenaan akan dibidas ataupun ibu bapa akan memenangkan anaknya jika guru berbuat demikian.

@giaixinhchina #foodtravel #streetfood ♬ nhạc nền – Streetfood🌍

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu di TikTok ini, dirinya berasa kecewa tangan anak dicubit hingga lebam oleh seorang guru di sekolah.

Difahamkan, kesalahan yang dilakukan hingga mendapat hukuman seperti itu kerana telah mengoyakkan kertas dan menconteng meja atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

komen tiktok

Biarpun niat ingin mengadu, namun bila lihat di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyebelahi wanita berkenaan dan merasakan dirinya terlalu memanjakan anak hingga tidak melihat kesalahan yang dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.