“Memalukan..”- Kereta Penuh ‘Sticker’ Tak Senonoh, Netizen Naik Mual Ibu Tunggal Dijadikan Simbol S*ks

Hiasan seperti pelekat atau ‘sticker’ pada kenderaan bukanlah perkara baru atau aneh kerana ramai yang berbuat demikian kerana ingin mencantikkan kereta masing-masing.

Namun, penggunaan sticker yang mengandungi unsur lucah dan berbaur s*ks seolah-olah menjadi ikutan sesetengah pemandu yang tidak segan silu meletakkan ia di kenderaan mereka.

Lebih memualkan apabila sticker berkenaan bertulis perkara-perkara yang merendahkan martabat seorang wanita, terutamanya golongan ibu tunggal.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian YouTuber Kamarul Afiq As-Subanji yang membincangkan isu tersebut kerana terkilan dengan maruah wanita yang seolah-olah dipijak oleh pemilik kenderaan ini.

Dalam hantaran panjang lebar itu, Kamarul memetik kisah Rasulullah S.A.W bersama sahabat-sahabat baginda yang begitu mengangkat martabat seorang wanita terutamanya mereka yang bergelar janda.

Ujarnya lagi, golongan ibu tunggal ini tidak sepatutnya dijadikan bahan umpatan dan melucah seperti yang tertulis di sticker kenderaan.

Dia juga berharap akan ada tindakan undang-undang terhadap mereka yang menggunapakai sticker kerana bimbang dapat membawa pengaruh buruk terutamanya kepada golongan remaja dan juga kanak-kanak yang melihatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pendapat yang sama dan menganggap penggunaan sticker tersebut membawa maksud yang buruk dan menghina wanita.

FacebookSumber : Facebook  

Menjijikkan dan memalukan. Orang yang lekat sticker ni, dia tak rasa segan eh? Bawa anak bini pulak tu. Menjatuhkan maruah sungguh.

Hasil carian, pelekat-pelekat yang bertulis perkataan lucah itu turut dijual di platform membeli-belah atas talian dengan harga yang murah dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang menginginkannya.

SUMBER : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.