(VIDEO) “Semoga Bertabah”- Bapa Hilang Dua Orang Anak Serentak Sebak Nak Uruskan Jenazah

Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba sudah tentunya ditunggu-tunggu untuk diraikan seisi keluarga. Tetapi kadang-kadang perkara yang tidak diingini boleh berlaku kerana kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya.

Begitulah nasib seorang ayah apabila kedua-dua anak perempuannya maut dalam kemalangan ketika keluar dari rumah hendak membeli makanan.

Dalam satu video TikTok perkongsian Mohd Fadhli, video yang menunjukkan bapa mangsa kemalangan Nayli Ulfa, 15, dan adiknya, Nuf Amni, 11, berada dalam keadaan sebak dan ditenteramkan oleh jemaah-jemaah di dalam masjid.

@faz737 Al-Fatihah..arwah 2org adik beradik kemalangan semalam..moga keluarga tabah dgn dugaan ini.. #alfatihah#fyp#anaksurga ♬ original sound – themenung™ ☕ – theⓂ️enung™ ☕

Menerusi laporan Harian Metro, dikatakan kanak-kanak yang maut dalam kemalangan itu dilanggar lori semasa menaiki motosikal di Jalan PJS3/2, Taman Medan semalam.

Meninjau ke ruangan komen rata-rata netizen berharap agar ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak itu bertabah menghadapi ujian dan tampil mengucapkan takziah atas insiden tersebut.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.