Baby Shima Bengang Lagu-Lagu Raya Baru Merepek

Baru-baru ini perkongsian video oleh penyanyi Baby Shima menjadi perhatian apabila menempelak lagu raya sekarang yang disifatkan mengarut dan merepek.

Menerusi video itu, Shima turut menyebut ada yang tampil dengan pondan-pondan, dengan solekan tebal dalam lagu raya sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Dengan mekap tiga kilonya, dengan baju buruknya dan selepas itu gatal-gatal dalam lagu raya. Apa benda yang mengarut, merepek sangat ini?,” luahnya.

“Tidak menyebut mana-mana pihak, Shimaberkata dia sekadar meluahkan pendapat sebagai seorang yang terbabit dalam industri hiburan tanah air. Saya tak maksudkan sesiapa dan terpulanglah jika ada yang kaitkan saya tujukan kepada individu tertentu.

“Sebagai penggiat seni, sudah tentunya saya mahu yang terbaik untuk industri hiburan kita agar tidak dipandang lekeh oleh mana-mana pihak,” katanya.

Dalam video itu juga, Shima turut memberitahu dia muncul dengan single lagu raya berjudul Pulang yang dikeluarkan semalam dan yakin siapa yang dengar pasti akan terngiang.

“Anda kena dengar lagu raya saya. Memang ‘best’. Saya yakin anda akan komen lagu yang paling terbaik adalah lagu Pulang. Lagu saya paling ‘best’. Saya yakin bila anda dengar pasti apabila jalan akan terngiang-ngiang, ternyanyi-nyanyi lagu ini,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.