(VIDEO) “Ingatkan Kereta Sewa”- Aeril Zafrel Sebak, Tak Sangka Isteri Hadiahkan Lamborghini Aventador

Pelakon Wawa Zainal baru-baru ini menghadiahkan suaminya Aeril Zafrel sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador.

Menerusi video perkongsian Wawa Zainal di akaun Instagram, dia membuat satu video seakan-akan ‘prank’ terhadap Aeril Zafrel dengan menyatakan bahawa kereta berkenaan hanya disewa untuk satu hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Dalam video berkenaan, Aeril juga turut membawa Wawa bersama-sama untuk ‘test-drive’ kereta tersebut. Namun setelah selesai memandu, Wawa Zainal mengeluarkan geran kereta menunjukkan bahawa kereta itu telah pun dibeli dan dihadiahkan kepada suaminya.

Perkara tersebut membuatkan Aeril berasa sebak dan menurutnya juga, dia pernah terfikir untuk membeli kereta itu sendiri.

Menerusi ‘caption’ Wawa Zainal di Instagram, dia menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh suaminya dan hadiah berkenaan tidak setanding dengan apa yang dilakukan oleh Aeril untuk keluarganya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga netizen turut mengucapkan tahniah dan berasa bangga dengan kejayaan kedua-dua pasangan itu.

SUMBER : Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published.