(VIDEO) “Kau Yang Patut Minta Maaf!” – Ditengking Pasal Bayaran, Pelanggan ‘Serang’ Staf Biadap

Kerana mulut badan binasa, itulah betapa pentingnya budi bahasa apabila kita bertutur antara satu sama lain. Cara kita bercakap mencerminkan diri kita di hadapan orang lain.

Namun bagi segelintir masyarakat, mereka tidak ambil kisah tentang perkara ini kerana pada mereka ia merupakan hal yang kecil dan tidak perlu diambil berat.

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok akan kekecohan yang berlaku di pasar Kenanga dipercayai hanya kerana intonasi percakapan antara penjual dan pelanggan.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai  @man tersebut mempamerkan seorang wanita yang menjerit ke atas lelaki warga asing yang juga dipercayai staf kedai berkenaan.

Dikatakan, pertelingkahan itu berlaku kerana sikap staf yang menjerit dan meninggikan suaranya terhadap seorang pelanggan bertanyakan tentang pembayaran.

Disebabkan cara percakapan itu, wanita di dalam video terbabit juga meninggikan suara dan bertanyakan sebab staf itu meninggikan suaranya di khalayak ramai sedangkan perkara berkenaan boleh dibincangkan secara baik.

Menerusi perkongsian video lain oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Tasha Aziera, yang juga merupakan anak kepada perempuan di dalam video itu menceritakan lebih lanjut berkenaan isu terbabit.

Menurut Tasha, ia semua memang berpunca daripada intonasi percakapan staf itu terhadap adiknya di mana cara percakapan individu berkenaan seolah-olah hendak menuduh adiknya tidak membayar benda yang diambil.

@tashaaxieraa #stitch with @man ♬ original sound – Tasha Aziera

Nada suara staf berkenaan mencuri perhatian orang ramai dan ibu kepada Tasha ‘menyerang’ staf terbabit kerana hendak mempertahankan anaknya.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan antara satu sama lain supaya mendengar cerita kedua-dua belah pihak dan tidak terus mengecam wanita yang berada dalam video tersebut.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.