Motor member rosak ketika konvoi, semangat geng lelaki dipuji – “Terbaik korang!”

Kadang-kala sewaktu merancang untuk melakukan konvoi motosikal, ada saja kejadian tidak disangka terjadi kepada salah seorang penunggang sehingga ‘membantutkan’ perjalanan mereka ke destinasi dituju.

Situasi itu terjadi kepada sekumpulan penunggang ini apabila motosikal seorang rakan mereka mengalami kerosakan dipercayai berpunca daripada ‘bearing’ tayar sudah pecah di tepi sebuah lebuh raya di Johor.

Momen tersebut dikongsi salah seorang daripada mereka @BangPik menerusi aplikasi TikTok dengan memuat naik beberapa video termasuk ketika ‘tersadai’ menunggu jalan penyelesaian terhadap kejadian berkenaan.

@misaiberpintal Semoga doa korang semua berbalik kepadang korang semula ya 🥰 terima kasih 🫰🏼 #fyp #fypシ #rakyatmalaysiaprihatin ♬ Esok Masih Ada – Hannah Delisha

Salah satu video menjadi perhatian ramai apabila beberapa penunggang berpakat mengangkat motosikal rosak itu ke atas sebuah motosikal lain yang dalam keadaan baik sambil ‘dijaga’ oleh membonceng di belakang.

Kenangan manis sebelum Aidiltitri

@misaiberpintal Kenangan manis sebelum aidilfitri ☺️ #fyp #fypシ #lc135 ♬ Indahnya Beraya Di Desa – Azlina Aziz

Tidak lama selepas itu, sekumpulan penunggang terbabit dilihat kembali menyambung perjalanan ke Muar dimana segelintir mereka mengiringi motosikal berkenaan dari tepi atas faktor keselamatan.

@misaiberpintalSantai lah bos 🤙🏼♬ Kasih Orang Muda – Fahrenheit

Video kedua di atas telah meraih 2,2 juta tontonan selain 1,877 reaksi netizen yang terharu apabila melihat persahabatan akrab penunggang berkenaan yang saling membantu antara ketika dalam kesusahan.

Bagaimanapun tidak kurang juga terdapat netizen meluahkan rasa kebimbangan terhadap mereka kerana bergerak perlahan di tepi lebuh raya, namun sentiasa mendoakan agar masing-masing selamat sampai ke destinasi.

Ini lah sahabat

Motor naik motor!

Hati-hati, takut pula tengok

Tak kena ekzos ke?

Jarang dibuat orang ni…

Moga persahabatan kekal

Sumber: TikTok BangPik

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.