Baby Shima bengang dikritik ziarah pusara bukan Islam pada pagi Syawal

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu apabila mengambil peluang pada 1 Syawal untuk menziarahi pusara ahli keluarga atau insan tersayang yang terlebih dahulu meninggalkan kita.

Perkara tersebut turut dilakukan oleh penyanyi kontroversi, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima binti Ramli, 30.

Ziarah pusara di perkuburan Kristian pada pagi Syawal

Namun begitu, menerusi perkongsiannya di Instagram, ramai yang mulai berdebat apabila artis wanita itu datang menziarahi tanah perkuburan masyarakat Kristian pada pagi Aidilfitri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Dalam muat naik tersebut, dia telah meninggalkan kapsyen ringkas dengan memaklumkan datang ke tanah perkuburan berkenaan untuk menziarahi pusara datuknya.

“Setelah 2 tahun baru dapat pulang melawat atuk,” tulisnya.

Bukan dia Islam ke?

Posting yang dibuat Baby Shima telah menghadirkan pelbagai komen daripada beberapa netizen yang dilihat cuba mengkritik tindakannya ke tanah perkuburan Kristian pada pagi Syawal.

Tak hanya itu, mereka juga sempat mempersoalkan agama yang dianuti oleh penyanyi berkenaan kerana berasa keliru dengan tindakan tersebut.

“Kubur ni ziarah masa Krismas’

Hati2 jadi bahan tohmahan

“Awak yang tak nak terima nasihat”

Ziarah pusara atuk nenek

Sedar apa yang dikongsikan telah mengundang perbalahan, Baby Shima telah tampil menjelaskan ha sebenar di ruangan Insta Story memaklumkan yang dia ke Tanah Perkuburan Kristian adalah untuk menziarahi pusara datuknya serta saudara mara yang beragama Kristian.

Payah kalau rasa ilmu dah tinggi sangat

Tambahnya, dia sudahpun bertanya tentang hal tersebut kepada ustaz berkenaan hukum menziarahi pusara orang bukan Islam dan turut menyelar netizen-netizen yang dikatakan berperangai ‘acah-acah’ seperti alim ulama dalam menjatuhkan hukum kepada orang lain.

Tak semestinya pergi kubur Kristian dia kena Kristian jugak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat kepada penyanyi kontroversi berkenaan telah tampil mempertahankannya dengan mengatakan netizen yang mengkritik tersebut sebagai individu yang tiada common sense.

Bukan itu sahaja, mereka juga seakan faham dan tidak kisah dengan apa yang dilakukan oleh Baby Shima kerana mengetahui bahawa dia lebih mengetahui apa yang dilakukan.

Justeru itu, para peminatnya telah mengucapkan selamat hari raya kepadanya dan mendoakan agar urusan Baby Shima dipermudahkan.

Selamat hari raya Baby Shima

Sumber: Instagram babyshimaofficial

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.