Lapan bulan menganggur, anak beri kejutan untuk ibu bapa di pagi raya

Pejam celik pejam celik, tiba-tiba saja musim perayaan diumumkan dan ini membuat ramai di kalangan kita kelam-kebut membuat persiapan perayaan di saat akhir kerana keesokan paginya bakal menyambut keheningan pagi Syawal.

Pabila menjelangnya musim perayaan, perkara pertama yang dibuat pada pagi tersebut selain menunaikan solat sunai Aidilfitri adalah  bersalaman bersama orang tua untuk saling bermaafan jika pernah melakukan salah silap, selain menghulurkan duit raya.

Namun, lain pula yang berlaku di pagi Syawal seperti yang dikongsikan baru-baru ini oleh seorang pemuda.

Beri kejutan untuk ibu ayah di pagi raya

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pemuda yang dikenali sebagai Edz di laman TikTok miliknya, dia yang memakai set persalinan baju melayu berwarna unggu itu sedang bersalam-salaman dengan ibu bapanya di pagi raya, selain menghulurkan sampul raya kepada mereka.

Akan tetapi, apa yang menariknya adalah terdapat sebuah surat tawaran di dalam sampul tersebut untuk diberikan sebagai kejutan kepada mereka.

@ezhrjmn♬ original sound – Raynaldo Wijaya

Setelah hampir 8 bulan tunggu…

Difahamkan, dia sudah lapan bulan menganggur dan tidak menyangka akan memberikan kejutan kepada ibu bapanya di pagi raya, sekaligus menceriakan mereka dengan khabar gembira ini.

Tambahnya, mereka tidak pernah memaksa dirinya untuk mencari pekerjaan selama ini dan dia juga tidak pernah menunjukkan usaha dan minat mencari kerja di hadapan ibu ayahnya.

Tawaran dari GEES Petronas

Selain itu, lelaki itu memberitahu bahawa dia berjaya mendapat tawaran pekerjaan menerusi program PETRONAS GEES (Graduate Employability Enhancement Schema) bagi pengambilan bulan Mei.

Tahniah!!

Ekoran itu, rata-rata warganet membanjiri di ruangan komen platform lelaki tersebut dengan meluahkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapatkan pekerjaan setelah sekian lama menganggur.

Faham perasan dapat kerja idaman

Pada masa yang sama, terdapat ramai warganet mengatakan mereka memahami perasaan lelaki tersebut kerana berjaya mendapatkan pekerjaan yang didam-idamkan setelah sekian lama menunggu khabar gembira itu.

Sumber: TikTok @ezhrjmn

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.