Pelanggan ‘complaint’ kedai makan Haqiem Rusli indah khabar dari rupa?

Kebanyakan selebriti Tanah Air ketika ini dilihat meceburi pelbagai bidang perniagaan sebagai satu bentuk pelaburan di masa hadapan.

Kerap kita dengar yang mereka memilih bidang F&B seperti membuka restoran, kedai makan ataupun stall memandangkan bidang tersebut kebanyakkannya menjamin masa hadapan dalam tempoh jangka panjang.

Banyak yang tak best dekat kedai makan dia

Namun begitu, untuk mulai berniaga, pelbagai aspek perlu diambil kira terlebih dahulu kerana ia boleh jadi memberi kesan yang tidak baik kerana berurusan dengan pelanggan.

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @amalhusnaa apabila memuat naik luahan rasa kesalnya ketika makan di kedai makan steamboat milik seorang selebriti popular.

Tempat panas, makanan jauh, pinggan mangkuk tak cukup

Menurutnya, dia telah membuat tempahan awal di kedai makan tersebut, namun fasiliti yang disediakan ‘hanya indah khabar dari rupa’ kerana meja tempahannya diletakkan di kawasan yang gelap.

Lebih membuatkannya rasa terkilan adalah suasananya yang sangat panas memandangkan tiada kipas disitu.

Tambahnya, kedai makan selebriti berkenaan juga agak jauh dari tempat mereka makan dan pinggan mangkuk turut tidak mencukupi sehingga mereka perlu berkongsi.

Kedai Haqiem Rusli?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mulai bertanya-tanya tentang kedai makan siapakan itu sehinggalah pengguna TikTok berkenaan memetik nama penyanyi lelaki popular, Haqiem Rusli.

Umum mengetahui yang Haqiem serta isteri sememangnya sedang mengusahakan perniagaan kedai makanan berasaskan steamboat dan kerap mempromosikan kedainya di akaun Instagram.

Ada juga yang bersuara

Pekerja pun macam kurang

Minta Haqiem dan isteri pantau2 sikit

“Makanan pun tak la sedap sangat”

Macam makan dalam sauna

Nak ambil makanan pun jauh

 

Sumber: TikTok @amalhusnaa

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.