“Crispy Gitu..” – Baju Raya Hantar Dobi Jadi ‘Garing’, Wanita Ini Rugi RM800

Kebiasaannya jika anda mempunyai baju yang banyak tak dibasuh, pastinya dobi layan diri menjadi pilihan kerana jimat masa dan mudah.

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video TikTok memaparkan kisah seorang wanita yang telah mengeringkan bajunya di sebuah dobi beroleh musibah apabila pakaiannya menjadi ‘garing’ kerana mesin pengering yang terlalu panas.

Dalam video tersebut, wanita yang dikenali sebagai @rararossa itu menunjukkan baju-bajunya yang dipercayai busana raya yang sudah siap dikeringkan dobi layan diri berkenaan.

dobi baju garingSumber : TikTok  

Difahamkan, dia juga mengalami kerugian sebanyak RM800 kerana bajunya sudah rosak dan ‘garing’.

Namun, pemilik dobi tersebut dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya dan telah membayar ganti rugi kepada wanita itu.

TikTok

Video itu sekaligus menjadi ‘viral’ di media sosial dan netizen telah memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian wanita itu.

Ramai di antara netizen memuji sikap pemilik dobi itu yang bertanggungjawab di atas musibah melanda wanita itu.

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.