Datang Dalam Keadaan Mabuk & Lambat, Pengantin Lelaki Putih Mata Isteri Dikahwinkan Dengan Saudara Sendiri

Seorang lelaki di New Delhi, India berputih mata selepas bakal isterinya berkahwin dengan saudara-mara sendiri berikutan tindakannya yang datang ke dewan perkahwinan tersebut dalam keadaan mabuk.

Foto: Daily Star

Datang majlis dalam keadaan mabuk

Foto: Daily Star

Menerusi laporan Daily Star, majlis perkahwinan tersebut berlaku di Kampung Malkapur Pangra, daerah Buldhana dan sesi berkenaan sepatutnya berlangsung pada pukul 4 petang namun pengantin lelaki tidak munculkan diri. Bagaimanapun pengantin lelaki ini akhirnya munculkan diri pada jam 8 malam bersama beberapa rakannya dalam keadaan mabuk.

Bukan itu sahaja, kehadiran mereka turut membuat kecoh dan dipercayai menganggu tetamu yang hadir seperti gangster jalanan. Susulan daripada itu, ibu bapa kepada pengantin perempuan mengambil keputusan meneruskan majlis tersebut namun anaknya disatukan dengan salah seorang saudara-mara yang hadir ketika itu sebagai tetamu.

Saya tidak mahu anak saya berkahwin dengan pemabuk seperti itu. Selepas berbincang dengan keluarga, kami bersetuju memilih saudara terdekat (sepupu) sebagai pengganti calon suami anak saya.

Difahamkan keputusan itu diambil oleh bapa pengantin berikutan tidak mahu anaknya berkahwin dengan pemabuk.

Sumber: Daily Star

Leave a Reply

Your email address will not be published.