Hebat anak muda! Ulang-alik masuk kedai cari selipar untuk gelandangan, siap pegang kaki suruh cuba.

SEJUK perut ibu mengandung.

Itu antara komen netizen selepas menonton video sekumpulan remaja menghadiahkan sepasang selipar baharu kepada seorang warga emas berbangsa Cina yang kelihatan seperti gelandangan.

Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial itu, warga emas berkenaan didapati sedang duduk di hadapan pintu masuk sebuah kedai barangan serbaneka popular.

Dia kemudian disapa oleh sekumpulan remaja yang terdiri daripada empat orang lelaki berusia lingkungan belasan tahun dengan tiga daripada mereka memakai baju melayu warna sedondon.

Menerusi rakaman tersebut, warga emas terbabit menunjukkan selipar yang dipakainya kepada kumpulan tersebut.

Beberapa minit kemudian kelihatan salah seorang remaja lelaki datang membawa selipar dari dalam kedai dan meminta warga emas berkenaan untuk mencuba.

Beberapa kali dia membawa selipar untuk dicuba.

Membantu warga emas mencuba selipar.

Tingkah laku bersahaja remaja tersebut cukup menyentuh hati apabila dia bukan hanya memberikan selipar untuk dicuba tetapi turut memegang kaki warga emas terbabit bagi melihat sendiri kesesuaian saiz.

Malah, remaja terbabit beberapa kali dilihat berulang-alik keluar dan masuk bagi mendapatkan saiz yang tepat.

Difahamkan, video berkenaan dirakam oleh pemilik akaun TikTok yang menggunakan nama @andreprubsn, namun carian mStar di aplikasi tersebut tidak menemukannya.

Ia kemudian dikongsikan Malaysia Most Virall di ruangan Twitter.

Beberapa kali dia membawa selipar untuk dicuba.

Beberapa kali dia membawa selipar untuk dicuba.

“Ini dikatakan akhlak yang mulia. Akhlak bukan boleh dibeli, tetapi dibentuk. Tahniah buat ayah ibu anak ini.

“Semoga adik ini dan adik-adik yang tiada dalam video berjaya di dunia dan akhirat,” ciapnya ringkas.

VIDEO :

Perkongsian itu kemudiannya diulang kicau lebih 8,000 pelayar Twitter selain mendapat kira-kira 13,000 tanda suka.

Rata-rata netizen memuji tingkah laku sekumpulan remaja berkenaan selain mengucapkan tahniah kepada ibu dan bapa mereka kerana pandai mendidik anak.

“Lagi hebat kalau dia beli selipar tu guna duit sendiri (duit raya). Tak doa banyak, cuma doa semoga Allah kurniakan syurga padamu dik.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

“Tak ada rasa janggal atau jijik dia pegang kaki uncle tu… Allahu! Hebat mak ayahnya

“Ibu bapa remaja ini patut berasa bangga dengan tindakan yang dilakukan. Mereka juga harus diberikan pujian atas tindakan anak-anak.

“Tabik ibu bapa remaja tersebut… anda membesarkan mereka dengan baik.

“Kalau la itu anak aku, sejuk perut lahirkan dia. Alhamdulillah, semoga lebih ramai ibu bapa mampu mendidik anak-anak mereka seperti ini,” ujar sekumpulan netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.