Pertikai nasi goreng kosong harga mahal, pemuda ditumbuk pekerja kedai mamak

Hari raya sepatutnya menjadikan kita lebih banyak memaafkan dan saling menahan diri dari amarah. Namun begitu, berbeza dengan perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter apabila ditumbuk ketika mahu membuat pembayaran di kaunter sebuah kedai mamak selepas menjamu selera di restoran tersebut.

Kena serang dengan pekerja kedai mamak

Menerusi muat naik yang dibuat oleh Shahrul Nizam, dia dan keluarga telah datang ke kedai sekitar tengah malam kerana itu sahaja kedai makan yang masih buka memandangkan musim perayaan.

Ibu complaint harga mahal, tapi pekerja naik suara ke ibu

Dah lapar sangat makan jela apa yang ada

Harga mahal, luah rasa tak puas hati

Polis sahkan kejadian

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, dia telah menghubungi pihak polis bagi meleraikan kejadian tersebut.

Justeru itu, menerusi Kosmo! Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook memaklumkan yng mangsa telah pun membuat laporan di Balai Polis Bahau pada pukul 2.31 pagi semalam dan mendakwa telah ditumbuk oleh seorang lelaki semasa berada di kaunter bayaran restoran berkenaan.

Hasil siasatan mendapati punca kejadian berlaku apabila juruwang restoran itu telah meninggikan suara kepada ibu mangsa yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur yang berharga RM6.

“Situasi ini menyebabkan mangsa berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang menyebabkan terkena barang-barang di atas kaunter juruwang.”
“Salah seorang pekerja yang melihat perbuatan mangsa dan terus menumbuk mangsa. Beberapa pekerja yang melihat kejadian telah cuba meleraikan pergaduhan tersebut termasuk pelanggan yang berada di restoran tersebut,” katanya.

Oleh itu, Hoo Chang Hook  telah meminta orang awam dan pelanggan yang berada di kedai makan tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dilengkapkan dengan seberapa segera untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,”ujarnya lagi.

Sumber: Twitter @shahrulnizammmKosmo! (Noor Ainna Hamzah)

Leave a Reply

Your email address will not be published.