Raya terkejvt, lagi mengejutk4n terima ‘baju raya Badang’ malam raya… terus terbayang pak imam pandang atas bawah

Haziq menerima baju Melayu pada malam raya tetapi malangnua ia tak sempat siap.
RATA-RATA rakyat Malaysia terkejvt dengan pengumuman Aidilfitri di negara ini yang mana ia disambut awal sehari daripada jangkaan.

Pelbagai reaksi dan ragam pengguna media sosial dapat kita saksikan selepas pengisytiharan itu dibuat berikutan persiapan belum lengkap bagi meraikan Syawal.

Turut berkongsi kisah sedih gara-gara ‘raya terkejvt’ adalah Haziq Fauzan yang mana hajat untuk melaram dengan baju raya baharu tahun ini tidak kesampaian.

Kisah mal4ng itu diceritakan kepada mStar oleh jejaka berkenaan yang senang disapa Haziq ini apabila baju Melayunya tidak sempat disiapkan oleh tukang jahit.

Menurut Haziq yang menetap di Batu Pahat, Johor, pakaian itu kelihatan seperti ‘baju raya Badang’ kerana bahagian lengannya tiada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya tempah baju tu dengan kawan mak saya. Sebelum bulan puasa lagi saya dah hantar tapi dia dah cakap t4kut tak siap tapi saya tawakal saja harap boleh siap untuk pakai hari raya.

“Tiba-tiba pada malam Ahad tu ada pengumuman dekat televisyen mengejut beritahu esok raya. Terus saya terkejvt termasuklah tukang jahit baju raya tu.

Keadaan baju raya Haziq yang belum siap.

“Jadi dia beritahu yang baju tu tak sempat siap maka dia pulangkan balik baju separuh siap tu dekat saya. Tailor tu cuma siapkan bahagian badan saja. Lengan baju dia tak sempat nak jahit. So jadilah baju raya Badang tu,” jelas Haziq.

Jelas Haziq yang sedang mengikuti pengajian Pendidikan Jasmani di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, Perak, ini merupakan kali pertama dia menghantar pakaian untuk dijahit oleh rakan ibunya itu.

Haziq terp4ksa meminjam baju raya milik kawannya untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Katanya, faktor ukuran saiz badannya yang tinggi merupakan salah satu sebab kenapa jejaka ini tidak membeli pakaian raya di pasaran dan terp4ksa menempah dengan tukang jahit setiap tahun.

“Selalu saya tempah dengan tukang jahit lain tapi tahun ni sengaja nak cuba rasa pakai baju dijahit oleh kawan ibu tu tapi tak kesampaian pula.

“Nasib baik saya ada standby baju raya lain. Saya pinjam baju raya daripada kawan.

“Kalau saya nak pakai baju tak siap tu, memang masa solat pagi raya tu imam pandang saya atas bawah la,” seloroh Haziq.

Berikutan video TikTok yang tular pada malam raya sehingga meraih 1.5 juta jumlah tontonan, warga maya turut meluahkan rasa simpati namun ada juga yang mentertawakan jejaka ini.

Jejaka ini merupakan seorang pelajar jurusan Pendidikan Jasmani yang sedang menuntut di Upsi.

Namun, ujar Haziq, dia tidak mengambil hati malah menganggap pengalaman itu sebagai melucukan dan kenangan hari raya buat dirinya sahaja.

“Mula-mula saya memang happy sebab dapat raya awal tapi bila teringat pasal baju raya tak siap tu terus gelabah tapi dalam pada masa yang sama tetap ketawa.

“Saya post dekat TikTok tu sebab nak share pengalaman pakai baju raya Badang tapi tak sangka pula boleh viral. Ramai yang gelakkan saya bila tengok baju tu tapi saya OK saja sebab memang kelakar pun.

“Apa-apa pun saya bersyukur setelah dua tahun kita beraya dalam keadaan tak sempurna disebabkan Covid-19, tahun ni dapat kita raikan dengan kawan-kawan dan saudara-mara. Itu yang lebih penting daripada baju raya,” jelas Haziq menutupi kisahnya baju rayanya.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.