Video lelaki didakwa penasihat agama tular, asyik goyang kepala dalam kelab malam?

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tular di media sosial video seorang lelaki yang didakwa merupakan salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Didakwa mirip penasihat agama raja?

Menerusi laporan dari Malaysia Gazette, pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zaharin Mohd Yassin telah memuat naik tangkapan layar dari video yang berdurasi tiga minit lebih itu pada 2 Mei yang lalu.

“Aku di disko. Dibintangi pelakun utama. Datuk Haji A**** A* K*****. Babak dalam disko gaya orang kena ice,” tulis Zaharin.

Asyik goyang kepala

Menerusi video yang tular itu, dapat dilihat lelaki berkenaan duduk di tengah-tengah antara beberapa orang wanita serta sedang leka membuat gaya seperti memukul drum sambil menggoyang-goyangkan kepala.

Walau bagaimanapun, menerusi Malaysia Gazette lagi, seorang pendakwah menerusi Facebooknya, Ustaz Ahmad Husam Baderudin telah mendakwa yang pendakwah agama itu diserang dengan tohmahan-tohmahan yang agak teruk selepas kerap bersuara dalam menentang fahaman ‘wahabi’ di Malaysia.

Ini semua tohmahan jahat!

Tambahnya, video penerangannya tentang pendakwah agama itu juga telah disunting dengan dipotong serta diedit bagi tujuan mengelirukan lebih banyak orang.

“Fikirkan dengan akal yang sihat, ceramah selama 1 Jam 32 minit 47 saat dipotong hanya 40 saat? Tujuan untuk apa lagi kalau bukan untuk memfitnah? Allahukabar.
“Inilah kerja golongan yang mendabik dada sebagai penyebar sunnah tetapi mereka adalah penyebar fitnah.
“Saya memaafkan semua kesalahan rakan-rakan netizen yang termakan fitnah ini yang memaki dan menghina saya,” katanya.

Sudah tular di beberapa media sosial

Buat masa ini, lelaki yang didakwa merupakan penasihat agama tersebut masih lagi belum tampil untuk membuat penjelasan berhubung video yang tular berkenaan.

Setakat ini, video tersebut telah dimuat naik semula ke laman Twitter dan mendapat lebih dari 10 ribu tontonan sejak ia mula tular pada hari raya pertama.

Sumber: Facebook Zaharin Mohd Yasin, Malaysia Gazette (Khairulanuar Yahaya), Twitter FaktaAnakKedua

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.