Anak Dapat Kumpul Lebih RM800, Tapi Ibu Mengeluh ‘Rugi’ Bagi RM1200 Duit Raya

Anak Dapat Kumpul Lebih RM800, Tapi Ibu Mengeluh ‘Rugi’ Bagi RM1200 Duit Raya

Selain dapat bermain mercun bersama sanak-saudara mahupun sahabat handai, tak dinafikan keseronokan setiap kali tibanya Syawal ketika zaman kanak-kanak adalah aktiviti mengumpul dan mengira duit raya. Bukan setakat jumlah terkumpul, malah kadangkala warna dan corak sampul diberikan tuan rumah juga sudah cukup membahagiakan.

Siap ada yang buka sampul raya anak…check berapa keluarga belah ni bagi

Perkara yang paling buatnya terkilan, ada sesetengah parents malah selamba buka sampul raya on the spot milik anak masing-masing. Golongan seperti ini ujarnya terus ingin periksa berapa jumlah diperolehi daripada setiap keluarga atau tuan rumah yang diziarahi.

Anak dapat duit raya RM800++…tapi dah habis RM1200++ bagi duit raya kat anak orang lain

Walau bagaimanapun, amalan mulia itu seolah-olah menjadi trend ‘tidak sihat’ pula dalam masyarakat kita. Terbaru, pengguna Facebook Halijah Siti menegur sikap sesetengah ibu bapa yang membandingkan duit raya berjaya dikumpul anak dengan jumlah wang yang dikeluarkan untuk sedekah kepada kanak-kanak lain. Malah mereka turut menyifatkan ia sebagai satu ‘kerugian’ kerana tidak berjaya balik modal.

Rasa kelakar, tapi inilah jadinya kalau dianggap pesta kumpul duit raya…terpesong tujuan utama eratkan silaturahim

Ujar Puan Halijah, inilah antara penangan bila mana lebaran Aidilfitri dijadikan seperti pesta kumpul duit raya sekali gus terpesong daripada tujuan utamanya iaitu mengeratkan silaturahim sesama insan. Selain daripada jangan menyesal lepas memberi sedekah, dia turut berharap ibu bapa jangan mengutuk individu lain yang mungkin tidak mampu berikan sebarang ‘angpau’.

Kredit : FB Halijah Siti

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.