“Dah 9 jenazah dia mandikan..” – Ajak Shiro syukur anak sulung mampu urus jenazah

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro meluahkan kesyukuran apabila anak lelakinya Jad Thaqif sudah mampu melakukan tugas fardhu kifayah iaitu menguruskan jenazah.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak memaklumkan anaknya sulungnya itu telah membantu menguruskan sembilan orang jenazah setakat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Ajak berkata, walaupun dia memiliki ilmu pengetahuan sebagai orang dewasa tetapi anaknya yang berusia 12 tahun itu mempunyai lebih banyak pengalaman selain mendoakan remaja tersebut agar memperoleh pahala selayaknya.

“Walaupun aku ada pengetahuan, tapi dia lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod banding aku. Semalam dengan hari ni je dah 9 jenazah dia mandikan.
“Baba (gelaran bapa) doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak Baba ni. Jad rehat eh, muka nampak letih tu,” tulisnya.

Difahamkan, Jad mengikut jejak langkah datuknya yang sudah mempunyai pengalaman selama 32 tahun menjadi pengurus jenazah.

Lagi beberapa tahun, jadi macam atok…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JAD THAQIF BIN HANAFFI (@jadthaqiffc)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut termasuk beberapa selebriti memuji kebaikan dilakukan Jad yang disifatkan sebagai anak soleh apatah lagi mempunyai tutur kata dan sopan dalam perbualan.

Anak soleh!

Bagus, mewarisi tugas atok

Lemah lembut orangnya…

Bertuah ada anak macam ni

Terdahulu, Ajak mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Sumber: Instagram Ajak Shiro

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.