“Lagu Itu Tentang..” – Sajat Bakal Muncul ‘Single’ Terbaru, Guna Khidmat Komposer Antarabangsa

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad atau dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan bahawa dia bakal keluar dengan single lagu terbaharunya tidak lama sahaja lagi.

Menurut Sajat yang ditemui Gempak memberitahu bahawa lagu tersebut telah dicipta oleh komposer antarabangsa dan akan dirakam di Indonesia.

Manakala untuk muzik video, Sajat akan ke Sydney bagi proses rakaman selanjutnya.

Ketika ditanyakan mengenai konsep dan makna di sebalik penerbitan lagu tersebut, Sajat berkata dia tidak boleh mengulas lanjut akan hal tersebut.

Lagu itu tentang..sebenarnya saya tidak boleh cerita lebih mengenai lagu berkenaan. Tetapi, saya sudah beritahu komposer apa yang saya mahukan, lagu macam mana yang saya nak.

Sajat yang kini berada di Australia turut menyambut hari lebaran bersama rakan-rakannya di sana.

Terdahulu, usahawan kosmetik itu pernah mengeluarkan lagu berjudul Bobo Di Mana dan Makhuk Penggoda bersama Datuk Aliff Syukri dan juga Lucinta Luna.

SUMBER : Gempak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.