“Suspek agak panas baran..” – Kes isteri maut dedah suami curang, jiran kongsi cerita

Berhubung kes seorang wanita dibunuh suaminya kerana mendedahkan kecurangan lelaki itu di media sosial, jiran mangsa ‘membuka cerita’ bahawa pasangan tersebut jarang bertengkar antara satu sama lain.

Menurut laporan Harian Metro, jiran yang enggan dikenali itu berkata, suspek adalah seorang mekanik yang melakukan kerja membaiki kereta di ruangan parkir di Taman Koperasi Maju Jaya, Kajang.

“Sepanjang tinggal di sini saya tidak pernah mendengar mereka bertengkar malah anak mereka juga sering keluar bermain di kawasan ini.
“Mereka dah lama tinggal di sini, memang tak pernah dengar mereka bertengkar sejak kami berjiran. Tapi ada pelanggan datang bising-bising berikutan kenderaan yang dihantar untuk dibaiki belum siap,” katanya.

Jiran tersebut berkata, pada mulanya dia menyangka pasangan terbabit sudah pulang ke kampung untuk berhari raya sebelum terkejut dengan kejadian menimpa mangsa yang berusia 28 tahun.

“Saya dapat tahu daripada kenalan yang memberitahu kejadian bunuh di sebelah rumah saya.
“Suspek ini banyak bergaul dengan kumpulan penarik kereta dan sedikit panas baran, tetapi sebelum ini memang tidak ada sebarang isu atau masalah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum disahkan maut selepas dihantar suaminya ke Hospital Kajang, pagi Ahad lalu.

Mohd Zaid berkata, anggota badan mangsa mempunyai beberapa kesan lebam dipercayai akibat dipukul menggunakan kaki dan tangan serta senjata tumpul sehingga mengalami kecederaan abdomen.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 38 tahun sudah ditahan pada hari sama bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

@malaysianupdatenews Salam takziah. Al-fatihah. 😭 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Sementara itu, akaun TikTok @malaysianupdatenews ada memuat naik sebuah kompilasi video dipercayai berkaitan mangsa sekali gus mengundang rasa simpati warganet.

Malah, beberapa pengguna laman Facebook dipercayai ahli keluarga terdekat dan kenalan mangsa turut meluahkan kesedihan serta mengucapkan takziah atas pemergian tersebut.

Maklang sayang kamu

Al-Fatihah buat arwah

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor) , TikTok @malaysianupdatenews , Facebook search

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.