Bapa 4 anak didakwa pukul isteri hingga mati berdepan hukuman gantung

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, antara pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Syawalludin Ismail memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kredit foto; Media Mulia

Berdasarkan pertuduhan, mekanik berusia 38 tahun itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Siti Nadirah Mohd. Nazul.

Menerusi prosiding di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain, pertuduhan bapa empat orang anak itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes dan laporan kimia.

@malaysianupdatenews Salam takziah. Al-fatihah. 😭 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Terdahulu, warganet kecoh dengan laporan berita mengenai seorang wanita dibunuh suaminya selepas didakwa mendedahkan kecurangan lelaki tersebut di media sosial.

Difahamkan, mangsa dihantar ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber: Kosmo! Online (Nuzulsham Shamsuddin) , TikTok @malaysianupdatenews

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.