“Pakailah Jubah Longgar, Apo La” – Netizen Kecam Janna Nick Pakai Baju Sendat Lawat Pusat Tahfiz

Sedia maklum, nama pelakon Janna Nick sering kali di selumbungi dengan kontroversi hangat, lagi-lagi apabila ia berkaitan dengan cara pemakaiannya yang didakwa semakin hari, semakin ‘seksi’.

Baru-baru ini, difahamkan Janna Nick ada berkongsikan kepada peminat bahawa dirinya sedang dalam proses membina pusat tahfiz di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Melihat pada perkongsiaan foto yang dimuat naik di Instagramnya, Janna ada membuat lawatan ke tapak pusat tahfiz berkenaan dengan berpakaian jubah hitam berserta tudung hitam juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Biarpun ramai yang tumpang gembira serta berasa bersyukur atas perkara yang dilakukan olehnya, namun ada juga netizen yang kurang senang dengan cara pemakaiannya yang dianggap tidak sopan.

Menurut sesetengah netizen, jubah yang dipakai oleh Janna itu boleh dilonggarkan kerana ia kelihatan terlalu ketat dan tidak sesuai untuk dipakai ketika melawat ketempat seperti itu.

Sekadar info, Janna sebelum ini berkata dijangkakan pusat tahfiz dan anak yatim itu akan siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Sumber : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.