“Semata Nak Duit Je!” – Gadis Tuduh Budak Melayu Beraya Rumah Jiran Tak Ikhlas, Netizen ‘Panas’ Hati

Menjelangnya Hari Raya Aidilfitri minggu lalu sememangnya mendatangkan perasaan teruja serta gembira buat umat Islam. Lagi-lagi setelah sekian lama tidak dapat menyambut perayaan tersebut secara normal selama 2 tahun.

Antara perkara yang boleh dilakukan semula pada perayaan kali ini adalah seperti mengunjungi rumah sanak saudara tanpa had, pulang ke kampung halaman dan lain-lain.

Tidak lupa juga, kanak-kanak juga boleh melakukan aktiviti mengunjung rumah ke rumah untuk mendapatkan duit raya seperti dilakukan sebelum adanya pandemik.

Bagaimanapun, hal berkenaan tidak diterima baik oleh seorang gadis yang merasakan kanak-kanak beraya rumah ke rumah untuk mendapatkan duit raya itu tidak sepatutnya dilakukan.

Dia berpendapat kanak-kanak yang melakukan itu tidak ikhlas untuk mengunjungi rumah-rumah yang dikunjungi dan hanya mahukan duit daripada orang-orang tua sahaja.

gadis tak suka kanak-kanak beraya minta duit

Meninjau di ruangan komen, rata-rata sememangnya tidak bersetuju dengan pendapat gadis tersebut yang melabelkan budaya kanak-kanak meminta duit ini toxic. Sebaliknya ia merupakan cara untuk kanak-kanak berkenaan mengenali jiran tetangga.

Dalam pada masa yang sama, ada juga menasihati gadis itu memahami budaya orang Melayu menyambut perayaan Aidilfitri dan tidak membandingkan dengan perayaan lain.

SUMBER : Twitter
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.