(VIDEO) “Wajib Ganti..” – ‘Parents’ Beli Barang Keperluan Bayi Pakai Duit Raya Undang Perdebatan Netizen

Jika anda mempunyai anak kecil, pastinya akan menerima sedekah duit raya daripada sanak saudara dan juga sahabat handai ketika sambutan Aidilfitri kan?

Ada kalanya mencecah ribuan ringgit, kebanyakan ibu bapa akan menyimpan duit raya anak-anak sebagai simpanan masa hadapan dan mungkin juga ada yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang wanita telah berkongsi penggunaan duit raya yang diterima anaknya dengan membeli barang keperluan bayi seperti susu dan juga ‘pampers’.

@princessyaya373 #twins ♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀

Berikutan itu, ramai pula netizen yang tampil mengutarakan pendapat masing-masing mengenai ‘hukum’ menggunakan duit raya anak oleh ibu bapa.

Ada sesetengah netizen berpendapat duit raya anak sepatutnya disimpan dan ‘tidak boleh disentuh’ oleh ibu bapa kerana itu adalah hak mereka.

Tak boleh guna duit raya anak ya. Barang-barang anak tanggungjawab si ayah. Menjawab kat sana nanti.

Dengar ceramah haritu, ustaz kata kalau untuk keperluan anak seperti susu pampers, tak boleh guna duit raya.

Kata netizen lagi, duit raya yang digunakan untuk membeli barang keperluan perlu diganti semula di masa hadapan.

tiktok

Walaubagaimanapun, ada juga yang merasakan bahawa tidak salah ibu bapa menggunakan duit raya anak bagi membeli atau menyediakan keperluan kerana ia adalah kegunaan zuriat masing-masing.

Asalkan tak berhutang kan?

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.