“Nak Tercekik Budak Tu” – (VIDEO) Ibu Pergi Cuci Kain, Mentua Diam-Diam Suap ‘Baby’ Umur 3 Hari Makan Bubur

Bagi bayi yang masih kecil di bawah usia 6 bulan, hanya susu sahaja yang perlu mereka minum, tidak kiralah susu ibu atau formula.

Namun, menerusi perkongsian seorang ibu dari Indonesia ini membuatkan ramai netizen turut berasa bengang.

Berdasarkan sebuah video dimuat naik oleh Alya di TikTok, dia telah menunjukkan rakaman di mana bayi kecilnya disuap bubur oleh mentua.

Disuap diam-diam ketika saya mencuci di sungai dan yang merakam adalah jiran saya. Dia kirim (video) kepada saya. Doakan saya semoga cepat lari dari sini.”

Menurut Alya dia berasa serba salah dengan apa yang berlaku terhadap anaknya yang baru berusia 3 hari itu kerana tidak mampu untuk melawat mentua dan berada dalam keadaan tersepit.

@alya_82 sungguh nyesak dada ini liat anak umur 3hari sudah diberi bubur SUN pdhl udah dilarang keras dg bidannya beginilah kalau tinggal dg mertua dan saudara2nya serba salah 😭😭😭#anakku #bayi #fyp ♬ Buah Hati – Armada

Boleh dilihat melalui video tersebut, mentuanya menyuap bubur tersebut kepada anak Alya berkali-kali.

Meskipun bayi itu seperti mahu muntah dan keluarkan semula bubur tersebut, dia tetap menyuap masuk bubur itu buat cucunya.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen berasa bengang terhadap mentua Alya namun ada yang berasa seperti curiga dengan ‘content’ tersebut seolah-olah ia bukan ‘original’.

Ada yang meminta agar dia lebih tegas serta melawan demi anaknya supaya tidak menyesal di masa akan datang jika apa-apa perkara buruk berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.