(VIDEO) “Dah Sampai Perak Baru Perasan..” – Seronok Nak Balik Kampung, Satu Keluarga Lupa Tutup Api Dapur

Keseronokan dan keterujaan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari perayaan pada tahun ini terasa lebih berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Salah satu perkara yang penting sebelum pulang ke kampung halaman adalah bagi memastikan rumah berada dalam keadaan selamat dengan memeriksa kesemua barangan elektrik dan dapur gas telah ditutup.

Namun, perkara sebaliknya telah berlaku pada seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jaz apabila keluarganya berhadapan detik cemas apabila mereka terlupa untuk mematikan dapur gas sebelum bergerak ke kampung halaman.

hangus

Dah sampai perak baru sedar lupa tutup api.

Menerusi video tersebut, mereka juga baru menyedari perkara tersebut setelah tiba di kampung halaman di Perak dan terpaksa berpatah balik ke rumah bagi menutup dapur gas tersebut.

@jazduitDah sampai perak baru sedar lupa tutup api

♬ Roman Holiday Sped Up – Jadyn

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa cuak dengan kejadian yang dilalui oleh keluarga tersebut dan memesan agar lebih peka dengan kejadian seperti itu agar tidak berulang lagi.

Bahayanyaa, boleh menyebabkan kebakaran. Rezeki Allah – Netizen.

Laki saya buat list – tutup gas, tutup plug, tanggal plug, tutup suis, kunci semua pintu. Kita perempuan ni banyak benda nak fikir, so biar laki setelkan babtu,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.