“Dia Boleh Datang Berjoget Pulak!!” – Pengantin Layankan Makcik Datang Menari Masa Sesi Gambar ‘Outdoor’

Sudah menjadi kewajipan untuk setiap pasangan yang baru berkahwin mengambil gambar perkahwinan di pelbagai lokasi sebagai kenangan kerana ‘moment‘ indah tersebut tidak akan boleh diulang kembali.

Akan tetapi lokasi ‘shooting‘ yang melibatkan tempat awam pastinya akan dipenuhi orang-orang yang lalu lalang dan akan merosakkan gambar perkahwinan.

Itulah yang dihadapi oleh seorang pengantin perempuan yang tiba-tiba diganggu wanita warga emas yang tiba-tiba menari di hadapannya.

@the.umys 🤣🤣 #fypgakni #masukberanda #ootd ♬ suara asli – primadona🍓

Melalui perkongsian video di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @the.umys menunjukkan pengantin perempuan dalam busana merah pengantin hanya mampu melihat gelagat warga emas tersebut.

Selain itu, seorang lagi wanita yang dipercayai rakan kepada pengantin, turut menari bersama-sama warga emas berikut menjadikan suasana di situ lebih ‘happy‘ dan meriah.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat individu-individu di dalam video tersebut

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.