Identiti Disahkan, 5 Pelajar USAS Rentung Dalam Kemalangan Maut

Kemalangan maut yang melibatkan lima mangsa di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora telah dikenal pasti sebagai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa yang terlibat ialah Iqbal Muhammad Nasron Aidol Munir Akbar, 22, yang merupakan pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Mangsa-mangsa yang terlibat rentung kerana kereta yang dinaiki terbakar dengan kadar peratusan terbakar sebanyak 90 peratus.

Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan mengesahkan identiti kelima-lima mangsa yang merupakan penuntut universiti berkenaan.

Dua daripada pelajar yang terlibat ialah pelajar diploma dan tiga daripadanya ialah pelajar ijazah sarjana muda.

Jurucakap bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata kemalangan yang berlaku sekitar jam 12.52 malam melibatkan mangsa sebanyak lapan orang antara kereta dan treler yang membawa muatan besi.

SUMBER : hmetromy
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.