Isteri ‘Pergi’ Selepas Melahirkan, Suami Tak Henti Menangis Sambil Kendong Bayi Undang Sebak

Tular di aplikasi TikTok sebuah kisah dari negara seberang tentang seorang suami yang kehilangan isteri tercinta selepas melahirkan anak sulung mereka.

Reaksi Fadly Fachrezi yang menangis di sisi jenazah isterinya sambil mengendong bayi mereka mendapat perhatian dan simpati daripada netizen.

Menurut laporan, isterinya, Megawaty Putri binti Syaeful Mamma yang merupakan seorang doktor itu menghembuskan nafast terakhirnya dua hari selepas melahirkan.

 

Menerusi Instagram ‘story’ Fadly telah mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana menghadiahkan seorang anak sebelum pergi meninggalkan dia buat selamanya.

Saya sayang awak ibu. Wanita sempurna buat ayah. Terima kasih pemberian hadiah (anak) ini, ayah akan jaga dan besarkan seperti yang ibu katakan.”

Video menunjukkan Fadly menangis merapati di tepi kubur isterinya juga tular selepas mendapat lebih 1.3juta tontonan di aplikasi TikTok.

@ikawatyrafika Balas @lalakdv ♬ Cinta Dalam Hati – UNGU

Gambar-gambar tular di media sosial menunjukkan Fadly menangis dan sugul sepanjang majlis pengebumian isterinya mengundang rasa sebak netizen.

Rata-ratanya mengucapkan takziah dan berkata bahawa almarhum seorang yang sangat beruntung kerana ketika dia pergi pun sudah nampak betapa sayangnya Fadly terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.