“Lelaki Tak Guna!” – Gadis Tak Sangka Bercinta Dengan Suami Orang, Terus ‘Face To Face’ Si Isteri

Sebagai seorang wanita, pasti mahukan kasih sayang daripada seorang lelaki, namun untuk memiliki seseorang yang sudah bergelar suami itu sememangnya sesuatu yang paling perlu dielakkan.

Seperti satu perkongsiaan video di TikTok ini, apabila seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila dirinya di tipu oleh seorang lelaki yang sebenarnya sudah mempunyai isteri dan seorang anak.

Difahamkan melalui perkongsiaan wanita itu, pada mula perkenalan, lelaki terbabit mengakui dirinya ‘single’ dan masih belum mempunyai sesiapa dalam hidupnya.

@bellaazalea97 Semoga allah bg i n wife nya kekuatan . Janji2 lelaki semua palsu 😞 lelaki tak guna..u igt i ni apa zaki? #foryoupage #cheater #redha #kuikhlaskan #brokenheart💔 #hatiyangkausakiti #dusta ♬ bunyi asal – SEKEPING HATI YG DISAKITI – Bby_HL vs HP

Selepas mengetahui status sebenar lelaki berkenaan, wanita ini tidak menunggu lama untuk memberitahu hal sebenar kepada si isteri dan memberanikan diri untuk memohon maaf secara depan.

Melalui video di muat naik itu, kelihatan wanita ini secara perlahan menjelaskan satu persatu kepada si isteri atas apa yang telah berlaku di antara dirinya dan lelaki berkenaan.

wanita berlaku jujur dengan isteri si pencurang

Tindakan yang diambil ini di puji ramai netizen, malah mereka turut berkata wanita ini mempunyai hati yang baik memandangkan dirinya terus berlaku jujur selepas mengetahui hal sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.