“Tetamu Tak Bertamadun” – Tuan Rumah Bengang Orang Datang Beraya Buang ‘Pampers’ Tak Balut Plastik Dulu

Musim perayaan ini pastinya rumah kita akan dikunjungi oleh para tetamu dan sanak saudara yang datang berkunjung untuk beraya.

Namun, dalam keseronokan berkunjung ke rumah terbuka, ada juga tetamu yang mungkin lupa untuk menjaga adab berkunjung ke rumah orang sehingga menyinggung perasaan tuan rumah.

Begitulah yang dialami oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nurin Nor yang meluahkan rasa kecewa terhadap tetamu yang betandang ke rumahnya.

lampin

Bila tetamu tak bertamadun.

Menerusi video tersebut, dilihat tetamu yang datang ke rumahnya telah membuang lampin bayi terus ke dalam tong sampah tanpa dibungkus dahulu dengan plastik bagi mengurangkan bau.

@nurinnor16 #fyp #tiktokmalaysia #raya2022 #ziarahsaudaramara #kitabertamadun #plastikpampers #adabberaya #adabberayadirumahorang ♬ original sound – ælya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon, ada yang memahami kekecewaan yang dirasakan tuan rumah dan memberi peringatan kepada tetamu untuk menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang.

Untuk peringatan ibubapa yang ada anak kecik, buang pampers tu dah betul dalam tong, tapi tolong masukkan dalam plastik, bukan buang macam tu je, ikat kemas-kemas. – Pengguna TikTok.

Namun, ada juga yang berharap agar tuan rumah tidak terlalu mengambil hati dengan tetamu yang datang kerana mereka pembawa rezeki

“Kena la expect benda macam ni akan berlaku bila ada yang ziarah rumah, nak-nak waktu raya & yang ada anak kecik.. sekurangnya dia buang dalam tong sampah bukan bersepah-sepah,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara 

Leave a Reply

Your email address will not be published.