(VIDEO) “Aku Tahu Dia Tengah Sedih” – Tekad Teruskan Niat Kahwin Dua, Suami Teruk Dikecam

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan isterinya yang sedang membeli barang rombongan meminang telah mengundang perdebatan netizen.

Menerusi video tersebut, lelaki itu memaklumkan bahawa walaupun isterinya memberi izin untuk berkahwin lagi tetapi dia tahu bahawa isterinya sedang bersedih dan hatinya tidak redha sepenuhnya.

Bagaimanapun, dia tetap meneruskan niatnya untuk berkahwin lagi dan cuba untuk memastikan dia berlaku adil kepada isteri pertama dan bakal isteri keduanya.

kahwin

 

Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tahu dia tengah sedih.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan meraih 1.5M tontonan, 58.8K tanda suka, dan 8.0K koomen di laman TikTok.

@helmi_juhari Dia cuba tunjuk ceria depan aku, tapi aku tau dia tgh sedih. #poligami #kawindua #sunnah ♬ Can We Kiss Forever? – Kina

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan lelaki itu yang tetap meneruskan perkahwinan tersebut walaupun jelas mengetahui tentang isi hati isterinya.

Dia macam, “aku tahu dia sakit, biar aku sakitkan dia lagi.” – Netizen.

Walaupun tak salah untuk berpoligami, tapi aku tak sanggup sakitkan hati orang yang aku sayang,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.