(VIDEO)”Nasib Polis Cepat!” – Cubaan Culik Budak Sekolah Gagal, Lelaki Kurang Siuman Berjaya Ditangkap

Semalam tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan aksi kecoh dan ngeri di mana seorang lelaki dilihat telah membuat cubaan menculik seorang budak sekolah yang baru pulang dari sekolah.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah agama Scientex Pasir Gudang itu menyaksikan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu sedang dikejar orang yang berada di kawasan sekitar.

VIDEO KES PENCULIKAN BUDAK SEKOLAH AGAMA TAMAN SCIENTEX. SUSPEK NAIK MOTOR NAK ISI MINYAK KAT CALTEX. BUDAK YANG DI CULIK MENJERIT MINTA TOLONG. ALLAH TRAUMA BUDAK TU.

Info akan dikemaskini mengikut siaran media jika ada pic.twitter.com/4cWMAxBOnL

Suspek yang berbaju kelabu itu dilihat mendukung kanak-kanak lelaki yang dilihat menjerit meminta tolong sepanjang kejadian itu.

Suspek kemudian telah berjaya ditahan pihak polis hasil bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian.

@utusantvofficial Tahniah orang awam pantas bertindak. Kejadian 11 MEI 2022 | 11.30 pagi. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki juga berada dalam keadaan selamat.

SUMBER : Twitter
Kredit :

Leave a Reply

Your email address will not be published.