Ramai sebak lihat video lambaian terakhir arwah Nabil Haikal buat ibu tersayang

Sejak semalam, luahan-luahan daripada ahli keluarga 5 mangsa yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan  di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara telah berlegar-legar di media sosial.

Bukan itu sahaja, perkongsian daripada rakan-rakan arwah juga membuatkan ramai sebak kerana pemergian 5 sahabat baik yang juga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) cukup memilukan.

Tolong jaga sepupu

Kali ini, perkongsian daripada ibu saudara salah seorang mangsa, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 yang menggunakan nama akaun Siti Nurhamira Ruslan telah berkongsi hal baik yang dilakukan oleh anak buahnya.

Dalam perkongsian tersebut, dia mengucapkan terima kasih kepada allahyarham kerana sudi menjaga sepupunya yang masih kecil.

@mywaaruslan2802 Siapa sangka dalam kemalangan tragis itu, anak buah sendiri. Terima kasih abg Haikal❤️. Jagakan anak2 cik mira❤️. Pasti Faie rindu abg Haikal🥺. Semoga awk tenang disana. Pasti nanti kami menyusul. #terowongmenora #pelajarUSAS #ipohperak #fyp ♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

Dia juga turut berkongsi beberapa rakaman video yang diambil dari group keluarga ketika hari raya tempoh hari yang memperlihatkan arwah duduk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.

@mywaaruslan2802 Semoga urusan abg Ayit dan sekeluarga dipermudahkan kt sana. Dan Arwah boleh balik Nilai dgn cepat. Doakan ya semua. AL FATIHAH BUAT SEMUA YG TERLIBAT. Last video dgn pakcik dia @famy13 🥺 #usas #terowongmenora #ipohperak #fyp #pelajarUSAS #NABILHAIKAL ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Lambaian buat ibu

Tak hanya itu, paling meruntun jiwa pastinya video dari ibu arwah yang dikongsikan ke dalam group sewaktu menghantar anaknya pulang ke kampus.

Dalam video itu, terlihat allahyarham Haikal melambai ke arah ibunya dan siapa sangka lambaian tersebut merupakan lambaian terakhir seorang anak kepada ibu tersayang.

@mywaaruslan2802 Lambaian terakhir seorang anak kepada ibu dan family. Video terakhir arwah yg diambil oleh mamanya yg dikongsikan dlm group anak menantu isnin lalu. Cik mira simpan semuanya kt sini yee. Anak baik. Pendiam. Al-fatihah. #terowongmenora #ipohperak #fyp #pelajarUSAS ♬ Saat Terakhir – ST12

Anak sulung harapan keluarga

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada warganet turut berasa sedih dan sebak walaupun tidak mengenali semua mangsa yang terlibat.

Rata-rata mengakui terkesan dengan pemergian 5 sahabat itu dan mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Sepatutnya pagi tadi Nabil ada presentation

Salam takziah buat ahli keluarga

Lima anak soleh, semoga syurga buat mereka

Sumber: TikTok @ mywaaruslan2802

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.