(VIDEO) “Tak Kelakar Pun..” – Gadis Bergurau Hina Kereta Kancil Undang Kecaman Netizen

Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang gadis yang mentertawakan kereta Kancil yang di parkir di sebelah keretanya.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat gelagat gadis itu yang bergelak tawa bersama rakannya seakan-akan mempersendakan kereta Kancil tersebut semasa menuju ke tempat letak kereta.

Malah, setibanya di sebelah kereta Kancil itu, dia dengan sengaja seperti cuba membuka pintu kereta itu namun berpaling dengan segera ke arah kereta Volkswagen kuning miliknya.

kancil

Tahu dah kaya jangan sampai menghina.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 548.6K tontonan, 19.7K tanda suka, dan 2.5K komen di laman TikTok.

@samad6969 apa pendapat kau orang semua #fyp ♬ bunyi asal – samad_696

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan gadis itu yang disifatkan sombong dan tidak menghormati rezeki orang lain.

Tak kelakar langsung ye, kenapa awak gelak-gelak? – Netizen.

Jangan pandang rendah orang pakai Kancil ni, mana tahu dekat rumah ada supra sebijik,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.