“Bye Ayoi Iqbal..” -Rakan rakam suasana pilu ketika solat jenazah mangsa nahas

Kemalangan ngeri yang mengorbankan 5 sahabat di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara masih lagi menjadi perbualan ramai.

Semalam, jenazah Allahyarham  Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 dan Ahmad Akmal Bin Ahmad Mokhlis telah selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Tiga lagi mangsa disolatkan

Namun tiga lagi mangsa iaitu, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dibawa ke Hospital Taiping terlebih dahulu untuk bedah siasat.

Walau bagaimanapun, menjelang petang, kesemua mangsa sudah dikenal pasti dan kesemua jenazah dibawa ke Masjid Masjid Raja Permaisuri Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar untuk disolatkan.

Laungan takbir iringi ‘kepulangan’

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @sleepy_mushroom, dia telah berkongsi suasana semasa pelepasan jenazah ketiga-tiga mangsa untuk ‘pulang’ ke kampung halaman masing-masing yang diiringi dengan laungan takbir.

@.sleepy_mushroom ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR SELESAI MAJLIS SOLAT JENAZAH 5 SEKAWAN, ALHAMDULILLAH DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. TERIMA KASIH ATAS DOA RAKYAT MALAYSIA SEMOGA ALLAH MEMBALAS DAN MURAHKAN REZEKI KAMU SEMUA. SAHABAT KAMI HAPPY SANGAT 😇… #negeriperak #kemalanganhalaselatan #5sekawanmeninggal #viral #fypシ #fyp #usas #innalillahiwainnalillahirajiun #keretaterbakar #sad #alfatihah ♬ Denting – Fadhilah Intan

Hampir dua jam jemaah tunggu di masjid

Selain itu, menerusi laporan daripada Harian Metro, para jemaah dimakluman telah menunggu hampir dua jam dengan membacakan Yasin serta membuat tahlil buat kelima-lima mangsa kemalangan tersebut.

Difahamkan solat jenazah berkenaan turut dihadiri  Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Waris diberi peluang berucap

Suasana menjadi lebih sayu apabila waris kepada ketiga-tiga jenazah yang disolatkan pada malam tadi diberi peluang untuk memberikan sedikit ucapan sebelum masing-masing bergerak pulang ke kediaman untuk menguruskan pengebumian.

 “Kami akan menyusul suatu hari nanti…”

Pengguna TikTok @sleepy_mushroom yang juga rakan mangsa-mangsa kemalangan berkenaan juga sempat mengucapkan selamat jalan buat kesemua mangsa dan mendoakan agar mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

@.sleepy_mushroom SELESAI SEMUANYA MAJLIS ARWAH 5 SAHABAT, SEMOGA MENJADI IKTIBAR BUAT KITA YANG MASIH HIDUP..KAMI BAGI APA ITU DEFINISI “KAWAN” SAMPAI AKHIR.. AL FATIHAH.. SEMOGA SETIAP UMAT ISLAM DIBERIKAN KESEJAHTERAAN DAN DIJAUHKAN DARI SEGALA KECELAKAAN, AMIN YA RABBAL AMIN. #fyp #fypシ #5sekawanmeninggal #usas #kemalanganhalaselatan #negeriperak #keretaterbakar #kemalanganmaut #innalillahiwainnalillahirajiun #alfatihah #sad #sahabat ♬ Titian Perjalanan – XPDC

Perkongsian sayu itu telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata turut berasa sedih dengan kejadian yang menimpa kelima-lima sahabat itu.

Mereka juga menitipkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa serta mendoakan 5 sahabat berkenaan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Harian Mero (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri), Facebook Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, TikTok @.sleepy_mushroom

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.