“Real fighter” -Ramai sebak lihat pesilat negara cedera tapi tetap terus berlawan

Sejak semalam, video pesilat negara, Al Jufferi Jamari yang kelihatan cedera sewaktu menentang pesilat dari Indonesia,  Iqbal Candra Pratama sedikit membuatkan penyokong team Malaysia panik.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Astro Arena, kecederaan yang dialami pesilat berkenaan tidak serius.

Video buat ramai keluar air mata

Namun begitu, tular video ketika Jufferi Jamari menahan kesakitan di bahagian bahu kanan ketika di pusingan kedua ketiga menyertai kategori  70-75kg.

Hal tersebut dikongsikan semula oleh seorang pengguna tikTok dikenali sebagai @kismiskur_kur apabila jelas kelihatan wajah menahan sakit atlet berkenaan namun tetap kuat untuk meneruskan perlawanan.

@kismiskur_kur al jufferi just won against indonesia with practically one arm 😭❤️#seagames31 #aljufferijamari #malaysia ♬ Standing In The Eyes Of The World – Ella

Berjuang demi negara

Semangat tinggi yang ada dalam diri Al Jufferi itu telah membuatkan ramai sebak lebih-lebih lagi video yang dimuat naik disertakan sekali lagu Standing In The Eyes Of The World dendangan ratu rock negara, Ella.

Mana tidaknya, usaha besar atlet-atlet negara dalam memastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi orang membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia sama-sama terharu walaupun mereka harus berjuang menahan kesakitan untuk mara ke babak selanjutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jufferi Jamari (@jufferijamari)

Sakit macam mana pun buat demi Malaysia

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang menonton video rakaman ketika perlawanan suku akhir berkenaan mengakui sebak melihat ekspresi Al Jufferi ketika mengalami kecederaan.

Mereka mendoakan agar pesilat serta atlet-atlet yang sedang berjuang di Hanoi terus bersemangat serta dapat melakukan yang terbaik buat negara Malaysia yang tercinta.

Lagu pun main peranan

Terharu dengan perjuangan atlet2

Semangat tak pernah luntur

Air mata mengalir tengok dia tahan sakit

Respect juga fighter Indonesia yang berhenti menyerang masa jatuh

Sebak tengok dia tahan sakit

Semoga cepat sembuh

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Astro Arena sempat berkongsi keadaan terkini Al Jufferi yang sudah pun menerima rawatan. Masing-masing mendoakan agar pesilat-pesilat negara diberi kesihatan yang baik serta segera sembuh untuk peringkat seterusnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

Sebelum ini, seorang lagi pesilat negara iaitu Ahmad Atif Irshad turut mengalami kecederaan selepas pesilat dari Filipina, Mark James Lacao melepaskan tumbukan ke arah muka Ahmad Atif  sehingga tidak dapat meneruskan pertarungan.

Kemenangan diberikan kepada pesilat negara dimana pesilat Filipina telah dibatalkan penyertaannya.

@astroarena Atlit Filipina tak sengaja lepas geram membuat “illegal jab” ke atas Ahmad Atif Irshad. Sekaligus memberi mata penuh buat atlit negara utk mara ke pusingan separuh akhir. #seagames2021 #sukansea2021 #semarakjuara #sokongmalaysia ♬ original sound – Astro Arena

Sumber: TikTok @kismiskur_kur, Instagram Astro Arena

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.