Ustaz Kazim Elias rayu minta t0long, cari penawar ubat sakit kulit misteri… Sekali Komen Aeril Zafrel pula curi perhatian

PERKONGSIAN pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias menderita penyakit misteri di bahagian tangan mengundang kembimbanhan ramai.

Dalam perkongsian pada petang Rabu, Kazim menunjukkan terdapat kesan parut warna kehitaman di tangan kirinya.

Pada perkongsian sama Kazim merayu mana-mana pihak yang mampu mengubati penyakit tersebut kerana sudah tidak tahan menanggung derita.

“Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

“Pada Allah kita berserah,” tulisnya kepada lebih sejuta pengikut Facebook.

Dalam tempoh dua jam, posting itu meraih lebih 72,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 23,000 komen.

Komen Aeril Zafrel turut mencuri perhatian ramai.

“Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik berterusan buat ustaz.

“Allahuakhbar semoga ada keajaiban diberi kesembuhan buat ustaz.

“Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz,” tulis beberapa pelayar Facebook.

Siapa yang boleh tolong ubatkan saya? Tolonglah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Dalam pada itu, komen pelakon Aeril Zafrel pada posting itu turut menarik perhatian netizen.

“Shooting kan ni ustaz?” soal Aeril menerusi ruangan komen.

“Nampak macam mekap. Ada nampak orang up status lakonan. Kisah hidup ustaz, tak pasti betul ke tak,” tulis seorang lagi individu.

Tidak kurang juga netizen yang berpendapat Ustaz Kazim sekali lagi menjadi m.angsa si.hir seperti dialaminya pada tahun lalu yang menyebabkan kaki kirinya memb.engkak.

Pada 1 Oktober 2021 melaporkan Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang.

Beliau ketika itu mend.akwa menemui kotak berisi a.bu dan gambarnya yang diba.kar di pusat pengajiannya.

Menerusi paparan itu, beliau mende.dahkan punca sebenar kaki dan betis kirinya membengkak sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

“Ini dijumpai di tempat laluan tempat saya mengajar di al-Barakah Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi. Laluan itu untuk saya sahaja. Kita jumpa abu dan dalam abu itu ada gambar saya yang dib.akar.

Saya tunjukkan sebagai satu pengajaran. Selepas kejad.ian ini kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul, rupanya bukan.

Kaki kiri saya membengkak dan nak sentuh, jalan pun tak boleh. Ini kadang-kadang kita pun tak tau apa benda. Cuma kita pandang baik pada Allah SWT, Allah bagi ini nak naikkan darjat, nak hapuskan dos akita. Insyallah, Allah maha mengetahui,” de.dah beliau.

Kata Ustaz Kazim, bagaimanapun beliau masih bertahan dengan kes.akitan itu dan berharap tidak dimasukkan ke h.ospital.

“Sejak dua minggu kita buat rawatan Islam, pelbagai ubat dah kita guna dan alhamdulilah keadaannya banyak berubah cuma masih s.akit,” ujarnya.

Jelas Ustaz Kazim, kesukaran yang ditanggung juga tidak menghalang beliau untuk terus mengajar kerana itu merupakan tugas yang paling disukai beliau.

Berikut sedikit Latar belakang Ustaz Kazim

Datuk Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias dilahirkan pada tanggal 28 November 1972 di Kampung Paya, Batu Kurau daerah Selama, Perak. Beliau merupakan anak kepada pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail.

Ibu bapanya merupakan guru agama di salah sebuah sekolah di Batu Kurau, Perak. Usianya bapanya tidak panjang dan telah meninggal dunia sewaktu Datuk Ustaz Kazim berusia 8 bulan.

Beliau merupakan anak ke-7 daripada 9 adik beradik. Kedua – dua datuk dan nenek Datuk Ustaz Kazim juga merupakan guru agama di Batu Kurau sekitar awal tahun 1900.

kredit: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.