Demi Kaut Untung, Lelaki Campur Minyak Masak Dengan ‘Minyak Sembahyang’

Umum mengetahui mengenai harga minyak masak yang mengalami kenaikan mendadak daripada RM29.70 kepada RM42.50 sebotol di pasaran.

Namun, masih ada peniaga yang cuba menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan bertindak mencampurkannya dengan ‘minyak sembahyang’ untuk dijual pada harga lebih tinggi.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A Mogan, berkata seorang lelaki berusia 50-an ditahan di rumah teres di Taman Seri Murni, Sungai Dua.

minyak masak

Menurut A Mogan, lelaki tersebut dipercayai mencampurkan minyak masak bersubsidi dengan minyak untuk tujuan sembahyang itu bagi membolehkannya dijual pada harga sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram.

Suspek mempunyai lesen borong kawalan dengan kebenaran untuk beliau mengambil minyak masak daripada pembungkus minyak masak dan dihantar kepada pelanggan.

Namun, lelaki berkenaan telah menyalahgunakan lesen tersebut untuk mendapatkan bekalan dan menyeleweng barang kawalan serta mengedar untuk kegunaan industri.

minyak sembahyang

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFAPUAA) 2001.

Pihak polis juga akan memohon lesen borong kawalan yang diberikan kepada suspek dibatalkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : Astro Awani
Kredit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published.