Penglihatan rakan tak berapa baik, warga emas hari2 pimpin tangan bawa ke masjid

Mencari rakan yang baik dan dapat memberikan bantuan kepada kita dalam situasi senang mahupun susah bukanlah satu perkara yang senang.

Lebih-leibih lagi apabila sudah di usia senja dan memerlukan bantuan yang lebih daripada orang sekeliling.

Setiap hari pimpin tangan

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila memuat naik video yang dirakam dari jauh bapanya yang dipimpin oleh seorang rakan untuk pergi ke masjid berjalan kaki.

Ayah dah tak berapa nampak

Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai @_4clover_, penglihatan bapanya sudah tidak berapa jelas, jadi rakannya akan datang setiap kali tiba waktu solat untuk memimpinnya sama-sama ke masjid berdekatan.

Pengguna TikTok berkenaan juga sempat mengucapkan terima kasih kepada rakan bapanya kerana sudi menjaga warga emas tersebut di masjid. Dia turut mendoakan agar pakcik berkenaan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah S.W.T.

Terharunya tengok video macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama berasa terharu dengan persahabatan mereka. Mereka juga mengakui bukan senang mendapatkan seorang sahabat seperti itu yang setia memimpin rakannya untuk sama-sama beribadah di masjid.

Mereka juga mendoakan agar dua warga emas itu terus diberkati oleh Allah S.W.T dan diberi kesihatan yang baik supaya dapat terus ke masjid bersama-sama.

Comelnya persahabatan diorang

Semoga kita pun dikurniakan sahabat sebegini

Kalau rajin pergi masjid/ surau mesti akan dapat kawan macam ni

Benda kecil tapi buat kita gembira

Semoga persahabatan ini destinasinya syurga tertinggi

Semoga Allah permudahkan urusan pakcik

Sumber: TikTok @_4clover_

Kredit : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.