Wanita Saman Bekas Tunang Sebanyak RM853,498 Sebab Batal Majlis, Akui Dah Terlanjur

                                                                         Sekadar gambar hiasan

Tindakan lelaki membatalkan perkahwinan bersama gadis pilihannya menjelang dua hari sebelum majlis mengundang padah apabila disaman sebanyak 3 bilion rupiah (RM853,498) di Jawa Timur, Indonesia.

Sebab mungkir janji

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, wanita yang berusia 20 tahun itu mengenakan saman kepada bekas tunangnya kerana melanggar perjanjian yang telah dibuat bersama sebelum menjelang hari bahagia.

Tuntutan saman itu dikuatkan lagi dengan kerugian besar yang ditanggung oleh keluarga pihak perempuan selepas majlis perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan.

Mengaku pernah terlanjur

Sekadar gambar hiasan

Kerugian keluarga bakal pengantin perempuan itu dari segi persiapan majlis termasuk sewa dewa, cenderahati (doorgift) untuk tetamu, dekorasi pelamin, jurugambar, jurusolek dan undangan.

Bukan itu saja, kes tersebut menjadi lebih ‘panas’ apabila wanita berkenaan mengakui bahawa dirinya pernah terlanjur dengan bekas tunangnya itu.

Berikutan isu berkenaan, perbicaraan kes masih lagi berlangsung di Mahkamah Negeri Kelas II Probolinggo selepas dibicarakan kali ketujuh pada 19 Januari lalu.

Sumber: Okezone

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *