Cuba Intai Jiran Mandi, Pelajar Warga Asing Ditahan Polis

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki berstatus pelajar warga asing ditahan polis selepas dipercayai mengintai jirannya yang sedang mandi di sebuah kondominium di Cyberjaya, semalam (Selasa).

Panjat tandas

Difahamkan, kejadian itu telah disedari oleh jiran kepada mangsa yang sempat melihat suspek memanjat satu ruangan bersebelahan tandas rumah mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memberitahu, saksi yang juga merupakan pelajar kolej kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 2 petang.

Saksi juga mendakwa suspek turut membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruangan tepi tandas itu untuk mengintai. Bagaimanapun, mangsa tiada di rumah ketika kejadian. Saksi yang kemudiannya melihat suspek melarikan sehelai seluar milik mangsa, sempat merakam perbuatan lelaki itu menggunakan telefon pintar.

Bukan itu sahaja, saksi juga didakwa cuba mengejar lelaki warga asing berkenaan namun suspek sempat melarikan diri sambil dilihat memegang sesuatu.

Suspek berusia 23 tahun itu berjaya ditahan kira-kira jam 4 petang bersama sehelai baju warna putih, sehelai seluar pendek warna hitam dan sepasang selipar warna hitam serta sebuah telefon bimbit.

Tambah Wan Kamarul, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 dan 379 Kanun Keseksaan. Malah, siasatan mendapati, suspek yang merupakan seorang pelajar ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Sumber: Kosmo

Kredit : ohbulan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *