Tindakan seorang lelaki dipercayai warga asing memakai pakaian unit beruniform mirip Pandu Puteri menarik perhatian sehingga mengundang rasa terhibur dalam kalangan netizen di aplikasi TikTok.
Seorang pengguna TikTok, @ceoofjenggo memuat naik satu video memaparkan aksi lelaki tersebut yang dilihat sedang duduk sambil membuat panggilan telefon di tempat awam.
Ni baju Pandu Puteri kan?
@ceoofjenggo #viralvideo #fypdongggggggg #masukberanda #fypage #fypシ゚viral #bantufyp #viraltiktok #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #viral #viral_video #fyp #funny #funnyvideos ♬ original sound – CEOofJenggo
Disebabkan baju uniform yang popular bagi aktiviti kokurikulum di sekolah itu, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi sehingga mencecah hampir 5,000 komen pada video berkenaan.
Rata-rata mengakui geli hati sekali gus bergurau mengatakan lelaki itu berkemungkinan baru pulang dari sekolah atau melepak selepas aktiviti kokurikulum dan sebagainya.
Bagaimanapun, segelintir individu berasa kasihan dengan menyifatkan lelaki terbabit mungkin tidak mengetahui bahawa pakaian tersebut adalah unit beruniform kerana disedekahkan oleh orang lain.
Pandu Puteri juga yang dipilih
Pandu Putera dah jadi realiti
Baru balik dari aktiviti sekolah tu
Mungkin dia beli ‘bundle’
Sekolah mana tu?
Mungkin dia selesa
Sehingga kini, rakaman berdurasi 15 saat itu menerima 1.1 juta tontonan selepas dimuat naik sejak dua hari lalu.
Sumber: TikTok @ceoofjenggo
Kredit : OMM
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.