SUSULAN kontroversi komen pedas Mas Idayu kepada Sissy Imann dalam program Famili Duo baru-baru ini, netizen berkongsi semula klip rakaman seorang lelaki bergaduh mulut dengan penyanyi dangdut itu semasa sesi uji bakat Mentor Legend 2014.
Lelaki bernama Muhammad Erdy Sofian, 31, itu berkata dia tidak sangka klip rakaman tersebut kembali menjadi viral dan tular di media sosial.
Mengulas mengenai kontroversi terbaharu Mas Idayu, Sofian berpendapat seseorang juri tidak perlu memarahi peserta dan mencadangkan kepada juri untuk mengambil wuduk terlebih dahulu supaya tidak dihasut syaitan.
“Saya tak tuju mana-mana pihak… sesiapa sahaja bila jadi juri sekurangnya kalau nak menegur tu biar bertempat.
“Tak perlu jerit-jerit tak perlu marah-marah dan saya nasihatkan kalau boleh sebelum jadi juri tu ambil wuduk dululah.
“Supaya tak ikut hasutan-hasutan syaitan,” katanya kepada mStar.
Gara-gara insiden sembilan tahun lalu, Sofian memberitahu dia trauma untuk menyertai mana-mana uji bakat nyanyian dan kini lebih selesa bekerja sebagai penjual kereta.
Temu bual eksklusif bersama mStar Online
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.